Menjadi Jaguh di Tembok Besar China

                                      Pakej Ke Beijing 01 Jun -  06 Jun

Pada 1 jun yang lalu ,seramai 20 orang telah mengikuti pakej melancong ke Beijing selama 6 hari 5 malam menaiki flight Cathay Pacific dari Penang.Kemudian transit seketika di Hong Kong sebelum meneruskan perjalanan ke Beijing.Kira-kira 7 jam  juga la naik flight ni..Tapi penat kami berbaloi apabila melihat keindahan negara China ni pada musim panas diserikan lagi dengan panorama indah bunga-bunga yang tumbuh subur di sepanjang jalan.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan di sana, jom  kita layan gambar-gambar yang sempat ditangkap. Walaupun tak semua dapat diceritakan di sini, tetapi gambar2 ni sedikit sebanyak dapat menerangkan situasi di sana..



Di hadapan Hotel Laurel (4 stars hotel)

 Pemandangan  di Forbidden City sewaktu awal perjalanan.

Bersama Tourist Guide di Forbidden City

Tian'anmen Square

Mendaki Tembok Besar China


Di Restoran Samara sambil menyaksikan tarian gelek :)


Makan hot plate di Tianjin

Stadium Sarang Burung

Beijing, Tianjin Tour (6H/5M)

Hari 01 Beijing  (MM)


Berlepas dari Penang ke Beijing. Setibanya di Beijing anda akan disambut oleh wakil kami di balai ketibaan. Selepas pemeriksaan Imegresen dan kastam, peserta akan dibawa menjamu selera di restoran muslim tempatan. Peserta akan dijamu dengan makanan istimewa masyarakat cina di sana iaitu ‘roasted duck’ dan seterusnya di bawa ke hotel untuk check in hotel.

Hari 02 Forbidden City (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Forbidden City  dan Tiananmen Square.  Seterusnya ke  Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba). Di sini terdapat pelbagai perubatan herba dari masa dahulu hingga yang terkini. Selepas makan tengahari anda akan dibawa bersembahyang di Masjid Nan Dou Ya sebelum dibawa ke kilang mutiara dan kilang sutera di mana anda akan ditunjukkan proses penghasilan kain sutera dari peringkat awal sehingga terhasilnya sutera. Seterusnya anda akan dibawa menikmati tea cina yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan badan. Pada sebelah petangnya, anda akan dibawa menyaksikan kehebatan persembahan kungfu shaolin iaitu ‘Kungfu show’.

Hari 03 Great Wall,  (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat Tembok Besar China. Pelancong akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut. Anda akan dibawa ke pusat batu Jade, Kilang Crystal, dan Pusat Ubat Bakar Baoshutang. Pada sebelah petangnya anda akan dibawa menikmati panorama indah pekan Hutong dengan menaiki beca. Seterusnya anda akan dibawa melihat LED Skrin yang merupakan Skrin kedua terpanjang di dunia. Kemudian membeli-belah seketika di Wangfujing Street dan Donghuamen Snack Street yang terkenal dengan makanan eksotiknya.

Hari 04 Beijing- (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Summer Palace  (tempat raja bersemayam pada musim panas). Seterusnya ke  Jewelery Shope (anda boleh membeli pelbagai barangan perhiasan di sini). Seterusnya bergambar seketika di Stadium Sarang Burung.  Seterusnya anda akan dibawa melihat kehidupan Panda di Panda Zoo.  Seterusnya anda dibawa untuk melegakan tekanan di Foot Massage. Pada sebelah petangnya anda akan dibawa menyaksikan pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan.


Hari 05 Beijing (SP/MT/MM)
 Selepas sarapan pagi anda akan dibawa ke bandar Tianjin yang merupakan bandar pelabuhan yang terpenting. Di sana anda akan dibawa ke Jalan Kebudayaan dan Bazar Makanan Manisan. Tidak sah ke Beijing sekiranya anda belum dibawa ke bazaar tempatan iaitu Yahaolu Market (Chaoweimen) atau Silk Store. Di sini terdapat pelbagai cadar, alas meja, barangan kulit dan beraneka jenis barangan lagi. Di sini anda boleh tawar menawar dengan harga yang sangat berpatutan dan murah sekali. Anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memilih kualiti barangan yang hendak dibeli.




Hari 06 Beijing – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan, para peserta dikehendaki bersiap sedia  untuk dibawa ke Lapangan Antarabangsa Beijing untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan manis.


Berminat??

Pn.Adilah : 013-4093939
En.Jarit : 017-6764643
Jagong Mas Sp : 04-4233030

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI