Trip ke Singapura bersama Kolej PTPL

Jagongmas Travel Sdn. Bhd  cawangan Sungai Petani telah membawa seramai 40 orang pelajar termasuk pensyarah ke kota Singa selama 3 hari 2 malam iaitu pada 18hb 6 sehingga 20 hb 6 2011 diiringi Tour Leader dari Jagongmas sendiri iaitu Encik Mohd. Jarit Daud. Tourist Guide ke Singapura pula iaitu Mr Kenny. Walaupun perjalanan ke Singapura sangat jauh,tapi group Kolej PTPL SP sangat enjoy dan happy apabila banyak tempat menarik dapat dilawati. Jom layan gambar-gambar yang ditangkap di sana :))











Keriangan @ Kota Merlion, Singapura
3 HARI 2 MALAM

 
Hari 1               Kuala Lumpur – Singapura (MM)
Berkumpul, sebelum bertolak ke Singapura. Setibanya di Singapura, anda akan dibawa melawat kawasan-kawasan tumpuan pelancong sekitar kota seperti Bangunan Dewan Bandaraya (City Hall), Padang, Hotel Raffles, Theatre On The Bay, mengelilingi kolam air pancut yang terbesar di dunia di Suntec City Mall dan tidak ketinggalan Merlion Park di Marina Bay yang menempatkan ikon termashyur Singapura, Merlion sambil melepasi roda ferris Singapore Flyers (rujuk jadual lawatan tambahan). Selepas itu anda akan terus dibawa ke hotel untuk proses check-in dan berehat sebelum dibawa ke Restoran Hajjah Maimunah yang terkenal di Jalan Bencoolen untuk makan malam. Selepas makan malam, anda akan dibawa pulang ke hotel atau tambah lawatan anda ke “Night Safari”; samada dengan menaiki tram atau berjalan kaki, rasailah pengalaman bersama haiwan-haiwan safari Afrika di waktu malam seperti zirafah, badak dan tapir yang dibiarkan keluar dari kurungan mereka. Saksikan persembahan haiwan selama 30 minit di Amphitheatre yang menampilkan burung hantu, harimau bintang dan rakun.

Hari 2               Singapura (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa masuk ke Sentosa Island. Anda akan dibawa ke Universal Studio Singapura; lokasi hiburan keluarga yang terbaru di Pulau Sentosa dan yang pertama di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis taman tema yang terdapat di sini antaranya roller-coaster bersilang tertinggi di dunia di Battlestar Galactica, panggung wayang 4-D Shrek di Far Far Away Castle, roller-coaster dalam keadaan gelap-gelita ditemani mumia di Revenge of The Mummy, berhibur bersama Alex, Marty, Gloria dan Melman di taman tema Madagascar, dikejar dinosaur T-Rex di Jurassic Park Rapids Adventure, berjalan sepanjang Walks of Fame di Hollywood Boulevard, menyaksikan aksi stuntman secara langsung di Waterworld dan bersiar-siar di Festive Walk sambil membeli barangan di Hard Rock Shop. Seterusnya menuju ke kawasan Imbiah Lookout; lokasi hiburan dan percutian keluarga yang terkenal di Asia. Rasai pengalaman menaiki Sky Tower; salah satu daripada 13 menara pemandangan di dunia di mana anda akan dapat melihat pemandangan indah sekitar Singapura setinggi 131m. Kenali Singapura di Images of Singapore; muzium hidup yang menunjukkan ciri-ciri gaya hidup dan perayaan 4 bangsa utama di Singapura. Makan malam buffet citarasa Cina di The Archers Restaurant sebelum menikmati pertunjukan Songs of The Sea; pertunjukan yang telah memenangi pelbagai anugerah pelancongan antarabangsa ini merupakan tarikan malam di Pulau Sentosa yang menggabungkan pertunjukan pyrotechnics, lazer, jet air, bunga api dan teater muzikal selama 30 minit di tepi pantai.

Hari 3               Singapura – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, anda akan dibawa melawat ke Studio Jalan Ampas untuk mengambil gambar dan mengimbas kenangan zaman kegemilangan filem Melayu. Seterusnya membeli-belah di Mustafa Centre; pusat membeli-belah 24 jam yang terletak di kawasan Little India ini menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Makan tengahari citarasa Korea di Restoran Seoul Garden sebelum membeli-belah di kawasan Orchard Road; kawasan tumpuan pusat membeli-belah utama di Singapura yang antaranya menempatkan Takashimaya, Far East Plaza, Tangs dan Tanglin Mall. Selepas itu bertolak pulang ke Sungai Petani dengan 1001 pengalaman yang unik di kota mitos ikan berkepalasinga Merlion, Singapura.


Harga Tiket Masuk Lawatan Tambahan
Tempat Lawatan
Dewasa
Kanak-kanak
Night Safari + Tram Ride
RM 77
RM 51
Singapore Flyers
RM 72
RM 52

HARGA ALL-IN SEORANG
(Ringgit Malaysia)
HARGA PAKEJ SEORANG
Dewasa
Warga Emas
Kanak - Kanak
Berdua
Seorang
Berdua
Seorang
Berkatil
Tanpa Katil
RM1,400
-
 RM1,370
-
RM 1,255
RM 1055
* Surcaj hotel bagi cuti umum Singapura tidak termasuk di dalam pakej.
* Harga, tarikh & aturcara program tertakluk kepada perubahan.
Harga Termasuk:
·         Bas persiaran 40 tempat duduk pergi balik dari Sungai Petani  ke Singapura.
·         Penginapan 2 malam di hotel bertaraf (3*) – Santa Grand / Park Royal Hotel.
·         Makanan HALAL disediakan sepanjang lawatan mengikut aturcara sahaja.
·         Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu pelancong mengikut aturcara.
·         Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan ini sahaja:
·         Cenderahati dari Sentosa Island.
               
o    - Universal Studios Singapore        - Sentosa Island          
- Sky Tower                                    - Songs of The Sea
o    -Images of Singapore                                
Harga Tidak Termasuk:
·         Surcaj tambahan hotel ketika cuti umum & sekolah.
·         Insurans pengembaraan peribadi.
·         Servis tambahan di hotel spt. dobi atau mini bar.
·         Makan tengahari pada hari kedua.
·         Tiket-tiket masuk lawatan tambahan dan permainan selain dari yang dinyatakan.
Pendaftaran & Pembayaran:
1.       RM200 seorang bagi urusan penempahan pakej & bayaran penuh hendaklah diselesaikan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum berlepas bagi mengelakkan pembatalan tempahan.
2.       Bayaran boleh dibuat secara tunai / kad kredit, cek.

**HARGA DAN TARIKH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA**

Berminat??

Pn.Adilah : 013-4093939
En.Jarit : 017-6764643
Jagong Mas Sp : 04-4233030


Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI