ITINERARY PAKEJ UMRAH 2013

UMRAH ZIARAH MESIR 2013

KUALA LUMPUR – CAIRO                                                                  
Peserta diminta berkumpul di KLIA untuk urusan check-in 3 jam sebelum penerbangan. Berlepas menuju ke Cairo mengikut penerbangan dan masa yang telah ditetapkan. Setibanya di Cairo, jemaah akan disambut oleh wakil kami di balai ketibaan dan seterusnya menuju ke hotel, check-in dan berehat seketika. Kemudian jemaah akan dibawa menziarahi sekitar bandaraya Kaherah, Masjid Al-Azhar & Masjid Imam Al Hussein, kilang kristal serta Bazaar Khan Al Khallil.

CAIRO – PIRAMID ( P/T/M )                                                                               
Pagi ini anda akan dibawa melawat kawasan piramid di Dataran Tinggi Giza untuk melihat 3 piramid yang terkenal dimana satu di antaranya dikenali sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia. Yang terbesar adalah Piramid Cheap diikuti kedua terbesar Piramid Cephren dan yang kecil Piramid Mycerinus dimana terdapatnya patung Sphinx. Selain itu anda juga akan dibawa melawat ke bazaar minyak wangi, Bazaar Payprus, Maqam Imam Syafie, Masjid Amru, kemudian Masjid Sultan Hassan dan Makam Saidina Napisah.

CAIRO – ISKANDARIAH                                                                         
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa melawat sekitar bandaraya Iskandariah (350km) termasuk Taman Bunga Muntazah, Istana Raja Farouk, Masjid serta Makam Imam Busairi dan Makam serta Masjid Lukman Al-Hakim dan Nabi Danial.

CAIRO – JEDDAH – MADINAH ( P/-/M )                                           
Waktu pagi jemaah bebas untuk membeli belah sehingga tiba masa untuk berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Jeddah. Jemaah akan disambut oleh wakil kami di balai ketibaan dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tiba di Madinah, check-in hotel dan berehat.

MADINAH – BEBAS ( P/T/M )                                                            
Hari ini lawatan akan bermula dengan menziarah Raudah serta Makam Rasulallah s.a.w, Makam Saidina Abu Bakar r.a, Makam Saidina Umar Al-Khatab r.a di Masjid Nabawi. Jemaah bebas untuk mengerjakan ibadah secara bersendirian.
MADINAH – ZIARAH ( P/T/M )                                                          
Pagi ini, jemaah akan dibawa menziarah Kota Madinah. Seterusnya diikuti dengan lawatan ke Masjid Qiblatain, serta tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah dan diakhiri dengan persinggahan di pasar kurma sebelum pulang ke hotel.

MADINAH – MAKKAH ( P/T/M )                                                         
Hari ini, jemaah diingatkan supaya memakai Ihram. Sebelum berangkat ke Kota Makkah, jemaah juga diingatkan supaya mengerjakan ziarah wida’ di Makam Rasulallah s.a.w. Bersedia untuk berangkat ke Makkah dengan bas. Dijangka tiba di Makkah 5 jam kemudian. Tiba di Makkah, selesai urusan check-in di hotel dan berehat seketika. Selepas itu, barulah jemaah dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah dengan diiiringi oleh mutawif kami.

MAKKAH – ZIARAH ( P/T/M )                                                            
Pagi ini, jemaah diingatkan supaya memakai Ihram sebelum kami membawa jemaah menziarahi Kota Makkah yang akan bermula di Arafah, Mina, Muzalifah, Jabal Nur dan Jabal Thur. Lawatan diakhiri dengan persinggahan seketika di Masjid Jarranah untuk bermiqat. Tiba di Makkah, jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah dengan sekali lagi dipimpin oleh mutawif kami.
MAKKAH – ACARA BEBAS ( P/T/M )                
Hari ini, jemaah bebas mengerjakan Umrah secara bersendirian. Jemaah dinasihati untuk mengambil peluang keemasan semasa berada di Makkah bagi memperbanyakkan amal ibadat, Tawaf dan mengerjakan Umrah setakat yang terdaya.

MAKKAH – JEDDAH – KUALA LUMPUR           
Berangkat ke KAAI lapangan terbang Jeddah. Jemaah diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jeddah. Tiba di Jeddah, urusan check-in penerbangan dan berlepas ke Kuala Lumpur.



EGYPT AIR AIRLINES

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

PAKEJ UMRAH 2019 PROMOSI

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI