PAKEJ UMRAH BAITULMAQDIS 4 FEB-18 FEB 2013


ZIARAH  BAITULMAQDIS
 (04 FEB– 18 FEB 2013)
KUALA LUMPUR
HARGA : -
BILIK BEREMPAT - RM7,900.00


HARI 01: KUALA LUMPUR - AMMAN
Jemaah di minta berkumpul di KLIA 5 jam sebelum penerbangan untuk urusan daftar masuk ke pesawat 
untuk berlepas
 ke Amman, Jordan.

HARI 02:  AMMAN : ZIARAH
Tiba di Queen Alia International Airport, peserta akan berkumpul di lapangan terbang dan wakil lawatan 
daripada 
Amman akan membawa peserta untuk menikmati sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke 
King Hussien Bridge serta melawat Jericho, The world oldest city dan seterusnya makan tengah hari. Selepas itu,
 peserta akan dibawa melawat Jerusalem  dan  daftar masuk hotel di sana serta makan malam.

HARI 03: JERUSALEM : ZIARAH
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke Hebron dan bethlehem dan makan tengah hari 
di restoran 
tempatan. Setelah para peserta selesai makan tengah hari, peserta akan dibawa melawat ke Old City Jerusalem 
(Muslim Quarter) Al-Aqsa, Dome of the Rock, Al-Buraq, Umar Mosque dan lain-lain lagi. Selepas melawat 
peserta akan dibawa pulang ke hotel dan makan malam.

HARI 04: JERUSALEM : ZIARAH SEKITAR JERUSALEM
Sarapan pagi di Hotel Jerusalem dan daftar keluar hotel. Peserta kemudian akan di bawa melawat ke Jabal 
Al Zaiton, Mount Sahioun, Maqam Al Sahabi Salman Al-Farisi, Rabi’atul Adawiyyah, King Hussien Bridge, 
Cross Bridge dan  The Lowest Point on Earth the Dead sea. Selepas makan tengah hari, peserta dibawa 
melawat ke Maqam Al Nabi Shoaib dan Ashab Alkahfe Seven Sleapers Cave dan seterusnya menuju ke
lapangan terbang untuk ke Madinah.

HARI 05: MADINAH : ZIARAH SEKITAR  MASJID NABAWI
Setibanya di Madinah jemaah akan berehat di hotel sebelum dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi seperti 
Makam Nabi Muhammad S.A.W, Maqam Saidina Abu Bakar As-siddiq, Maqam Saidina Umar Al-khattab, Raudhah, serta Perkuburan Baqi‘

HARI 06: MEDINAH : ZIARAH SEKITAR KOTA MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa melawat tempat-tempat sejarah seperti Masjid Quba, Medan Uhud, 
Masjid 
Qiblatain, Medan Khandak dan lain-lain. Dalam perjalanan pulang, jemaah akan dibawa ke Pasar Tamar untuk 
membeli tamar-tamar di Madinah.

HARI 07: MADINAH – MAKKAH
Acara bebas sebelah pagi, selepas solat Zohor, jemaah akan bertolak ke Mekah dengan bas berhawa dingin,
 jemaah lelaki dinasihatkan memakai ihram di hotel dan jemaah akan singgah di Bir Ali untuk berniat umrah. 
Tiba di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel.

HARI 08:  MAKKAH : UMRAH
Jemaah akan di bawa ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf serta saei umrah dengan dibimbing oleh petugas.



HARI 9-10: MAKKAH
Acara bebas hari berikutnya, bagi jemaah yang belum menyempurnakan tawaf dan saei umrah bolehlah
 melakukanya

HARI 11: MAKKAH : ZIARAH SEKITAR KOTA MEKAH
Selepas sarapan pagi program ziarah sekitar Kota Mekah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mina, Mudzhalifah 
dan Jabal Nur. Dalam perjalanan pulang, kita akan singgah di Jaranah untuk berniat umrah.

HARI 12: MEKAH : ZIARAH HUDAIBIYAH SERTA LADANG UNTA
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi ke Hudaibiyah, ladang unta serta berniat ihram dari 
masjid Hudaibiyah.

HARI 13: MEKAH : UMRAH
Aktivit bebas dan jemaah boleh melakukan umrah sekadar yang mampu atau program sampingan akan di 
buat oleh syarikat bergantung kepada kelulusan pihak tertentu.

HARI 14: MEKAH-JEDDAH-AMMAN
Jemaah diminta bersedia untuk tawaf wida dan seterusnya akan dibawa ke Airport Jeddah untuk penerbangan 
pulang ke Amman. Tiba di Amman dan penerbangan seterusnya berlepas ke KL.

HARI 15 :  KUALA LUMPUR
Jemaah tiba di Malaysia.

Harga Termasuk:
- Penginapan di hotel 
- Pengangkutan seperti dalam aturcara
- Makanan halal seperti dalam aturcara
- Bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati seperti dalam aturcara

-Tiket kapal terbang
- Tiket penerbangan & Cukai Lapangan Terbang.
- Tip untuk pemandu pelancong & pemandu bas.

Harga TIDAK Termasuk:
- Insuran Peribadi.
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel.

-lebihan bagasi semasa pulang.


**Itinerary ini sebagai rujukan sahaja.Tertakluk pada perubahan semasa**

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI