DOKUMEN UNTUK KEPERLUAN UMRAH








DOKUMEN UNTUK KEPERLUAN UMRAH


  1.Passport Antarabangsa (tempoh sah laku melebihi 6 bulan ke atas dan tidak kurang  4 muka surat)
  2.Borang pendaftaran yang lengkap diisi setiap seorang
  3.Salinan kad pengenalan
  4.Pengesahan suntikan Anti Meninggococcal Vaccine ACYW 135]
  5.Empat keping gambar terbaru ( visa umrah ) :
                     
-Gambar berlatar belakang putih dan bersaiz 4cm x 6cm.    
 Wajah gambar mestilah jarak telinga ke telinga 3cm,atas  kepala ke dagu 4cm, tidak memakai songkok atau  kopiah bagi lelaki dan bagi wanita hendaklah memakai tudung berwarna gelap

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGESAHAN  MAHRAM BAGI VISA UMRAH
1. ISTERI           
Salinan surat nikah atau surat pengesahan daripada mahkamah syariah
2. IBU
Salinan surat beranak anak lelaki yang menjadi mahram
3. ANAK LELAKI/ANAK PEREMPUAN BAWAH UMUR 15 TAHUN  
Surat beranak anak lelaki/anak perempuan.
4. KAKAK/ADIK PEREMPUAN      
Salinan surat beranak kakak serta salinan surat beranak adik lelaki/abang yang menjadi
mahram.
5. CUCU/NENEK          
Surat izin daripada bapa/suami/anak lelaki yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
6. IBU MERTUA         
Salinan surat beranak anak perempuan (isteri mahram) yang mesti ikut bersama dan
surat izin suami/anak yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah 

7. KAKAK IPAR/ADIK IPAR        
Surat izin daripada suami/bapa/abang adik lelaki yang disahkan oleh pesuruhjaya
sumpah dan adik/kakak kandung mesti ikut bersama.
8. PEMBANTU RUMAH/PERMIT KERJA WARGA ASING   
Majikan atau keluarga majikan mesti ikut bersama.Surat izin daripada majikan yang
disahkan oleh pesurujaya sumpah perlu disertakan dan sahlaku permit kerja hendaklah
tidak kurang 6 bulan dengan nama majikan tertulis di dalam permit kerja.Setiap pekerja
asing wanita/lelaki dari Indonesia nama mereka mesti ada nama bapa di dalam paspot.
9. KUMPULAN WANITA        
Surat izin daripada suami/anak/abang/adik lelaki beserta salinan sijil nikah/surat beranak
suami/anak/abang yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.



PANDUAN  PAKAIAN & KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE TANAH SUCI


PAKAIAN LELAKI

PAKAIAN WANITA

Tuala Ihram
Tali Pinggang
Baju Biasa
Baju Melayu
Singlet Berlengan
Seluar Panjang
Kain Pelikat
Tuala Mandi
Tuala Kecil
Stokin
Selipar Getah
Kasut Biasa (lembut)
- 2 Pasang
- 1 Utas
- 2 Helai
- 2 Pasang
- 4 Helai
- 2 Helai
- 3 Helai
- 2 Helai
- 1 Helai
- 2 Pasang
- 1 Pasang
- 1 Pasang

Telekong Sembahyang
Mini Telekong
Baju Kurung
Baju Maxi
Baju Tidur & Seluar Panjang
Stokin
Sarung Tangan
Tuala Mandi
Tuala Kecil
Selipar Getah
Kasut Biasa
- 2 Pasang
- 2 Pasang
- 3 Pasang
- 2 Pasang

- 2 Pasang
- 3 Pasang
- 1 Pasang
- 2 Helai
- 1 Helai
- 1 Pasang
- 1 Pasang

LAIN-LAIN
Buku Doa (kecil)

Beg Pakaian (besar) – Berkunci
Gunting Kecil
Beg Sejadah
- 1

- 1
- 1
- 1
Lencana Nama
Beg Bimbit Sederhana
Ubat Gigi
Berus Gigi
Sabun Mandi
Uncang Kasut
- 1
- 1
- 1
- 1
- 1
- 1




                                                                Panduan Jemaah

Bagaimanakah hendak memilih agensi pengelola bagi mengerjakan umrah?

Cara  Memilih Agensi Pengelola Umrah.

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dapat ditunaikan  sekiranya  jemaah mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setiap promosi yang diiklankan mempunyai nombor rujukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
  2. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
  3. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
  4. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
  5. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
  6. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.
  7. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  8. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.
  9. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Bagaimanakah hendak mengenal pasti  agensi pengelola umrah yang sah?
Rujukan dan semakan agensi pengelola umrah yang sah boleh dibuat kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI