PAKEJ UMRAH TERUS KE MADINAH 2016


PAKEJ UMRAH 18 JAN HINGGA 31 JAN 2016 TERUS KE MADINAH 
RM6600.00
ALOR SETAR-,SUNGAI PETANI KE KLIA 2                                                                               
Peserta di minta berkumpul dan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kami jam 10.00 malam.

KUALA LUMPUR – MEDINAH                                                    
Peserta di minta berkumpul jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang( klia  )4 jam sebelum berlepas ke Jeddah.                            
Setibanya di Lapangan terbang madinah.Jemaah akan disambut oleh wakil kami di balai ketibaan dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiba di kota Madinah, check-in hotel dan berehat.Jemaah akan dibawak ke masjid nabi.

MADINAH – ZIARAH                                                                                     
Program ziarah Masjid Nabawi, jemaah lelaki akan dibawa melawat Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar, Makam Saidina Umar dan permakaman Baqi yang menempatkan makam isteri–isteri Rasulullah SAW, anak – anak serta Sahabat Rasulullah. Pada sebelah malam jemaah perempuan akan dibawa oleh mutawwifah kami untuk ziarah dalam masjid nabawi dan makam nabi serta sahabat.

MADINAH – ZIARAH                                                     
Program ziarah ke masjid Quba,Masjid Qiblatain, masjid tuju atau khandak tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah dan diakhiri dengan persinggahan di Kebun kurma sebelum pulang ke hotel.

MADINAH – MAKKAH                                                                  
Hari ini, jemaah diingatkan supaya memakai Ihram. Sebelum berangkat ke Kota Makkah, jemaah juga diingatkan supaya mengerjakan Ziarah Wida’ di Makam Rasulallah s.a.w. Bersedia untuk berangkat ke Makkah pada jam 2 petang dengan bas. Dijangka tiba di Makkah 5 jam kemudian. Tiba di Makkah, selesai urusan check-in di hotel dan berehat seketika. Selepas itu, barulah jemaah dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah dengan diiiringi oleh mutawif kami.

MAKKAH
Acara bebas jemaah bebas untuk pergi solat berjemaah di masjidil haram serta beriktikaf disana.Serta solat jumaat

MAKKAH                                                                            
Pagi ini, jemaah diingatkan supaya memakai Ihram sebelum kami membawa jemaah menziarahi Kota Makkah yang akan bermula di Arafah, Mina, Muzalifah, Jabal Nur dan Jabal Thur. Lawatan diakhiri dengan persinggahan seketika di Masjid Jaratnah untuk bermiqat. Tiba di Makkah, jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah dengan sekali lagi dipimpin oleh mutawif kami.

MAKKAH – ACARA BEBAS                                           
Hari ini, jemaah bebas mengerjakan Umrah secara bersendirian. Jemaah dinasihati untuk mengambil peluang keemasan semasa berada di Makkah bagi memperbanyakkan amal ibadat, Tawaf dan mengerjakan Umrah setakat yang terdaya.

MAKKAH – JEDDAH – KUALA LUMPUR 
Berangkat ke lapangan terbang Jeddah. Jemaah diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wida’ selepas solat zohor sebelum bertolak ke Jeddah.Jam 2.00 petang , urusan check-in. Penerbangan dan berlepas pulang pada jam 7.00 malam.

**HARGA TARIKH PENERBANGAN DAN HOTEL TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN,VISA TERTAKLUK KEMENTERIAN HAJI  ***

JADUAL PENERBANGAN,     
SV 829 18JAN KULMED 1400  1940

SV 832 31JAN JEDKUL  2225  1200 (01FEB)

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ UMRAH 28 OKTOBER HINGGA 10 NOVEMBER 2019

4 HARI 3 MALAM MEDAN,PARAPAT DAN BRASTAGI